KENALILAH KAMI

Kalendar Islam

DHUYUUF

MAKLUMAT SRIDAH

Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 September 2001 di Kampung Hijrah, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan Pra Sekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi.



Sekarang (2010) SRIDAH mempunyai murid seramai 72 orang. 3 kelas Pra Sekolah, 1 kelas Tahun 1 dan 1 kelas Tahun 2. Masa pembelajaran bermula pada jam 7.50 pagi hingga 1.30 petang.



Tahun ini juga Kelas Tahfiz Al-Quran mula beroperasi. Pelajarnya terdiri dari pelajar yang telah Khatam Al-Quran dari tahun 1 dan 2. Pembelajarannya bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang. Alhamdulillah seramai 10 pelajar telah memulakan hafazan Juzuk Amma.



SRIDAH mempunyai 7 tenaga pengajar, 2 staf sokongan. Pengajaran sekolah ini menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia, JAKIM dan JHEAIK.



SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah, Musalla dan kantin. Bangunan sekolah menempatkan pejabat, 5 bilik darjah dan 2 bilik air. Semua bilik darjah telah penuh digunakan.



ISU DAN MASALAH



SRIDAH memerlukan 6 bilik dajah untuk keperluan kelas mulai tahun 2011-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.

Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.



CADANGAN DAN PENYELESAIAN



Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina secepat mampu bagi menampung keperluan kelas pada awal Januari 2011. Alhamdulillah pembinaan sedang berjalan. Fasa 1 sudah siap (konkrit tapak).



Kami menjemput Dato /Tuan / Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat diteruskan sehingga siap.



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :



1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093

2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096

3. Pejabat SRIDAH 04 4725502

4. http://sridah.blogspot.com



" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )





1433 H / 2011 Hakcipta Terpelihara
Di Kendalikan Oleh SRIDAH Kampung Hijrah, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : norsalams@yahoo.com / sridah2001@yahoo.com.my @setiausaha SRIDAH Ust.Mahmud di talian 019-4737096

Isnin, 26 Oktober 2009

Kelebihan Bersedeqah...jom buat sedeqah..

Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir. Kata seorang sahabat: "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu daripada harta kami kepada orang kafir" Jawab Nabi: "bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada kudrat Tuhan yang Rahman!" Malaikat berseru: "Hai Tuhanku segeralah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan (bakhil) bersedekahkan hartanya." Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan bersedekah berterang-terangan itu penghadang neraka. Ulama berkata: Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.
norsalams@yahoo.com

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka pada jalan Allah, adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai...pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan barang siapa yang disukainya dan Allah Maha Luas kurnianya dan Maha Mengetahui.
(Al Baqaroh: 261)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan