KENALILAH KAMI

Kalendar Islam

DHUYUUF

MAKLUMAT SRIDAH

Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 September 2001 di Kampung Hijrah, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan Pra Sekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi.



Sekarang (2010) SRIDAH mempunyai murid seramai 72 orang. 3 kelas Pra Sekolah, 1 kelas Tahun 1 dan 1 kelas Tahun 2. Masa pembelajaran bermula pada jam 7.50 pagi hingga 1.30 petang.



Tahun ini juga Kelas Tahfiz Al-Quran mula beroperasi. Pelajarnya terdiri dari pelajar yang telah Khatam Al-Quran dari tahun 1 dan 2. Pembelajarannya bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang. Alhamdulillah seramai 10 pelajar telah memulakan hafazan Juzuk Amma.



SRIDAH mempunyai 7 tenaga pengajar, 2 staf sokongan. Pengajaran sekolah ini menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia, JAKIM dan JHEAIK.



SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah, Musalla dan kantin. Bangunan sekolah menempatkan pejabat, 5 bilik darjah dan 2 bilik air. Semua bilik darjah telah penuh digunakan.



ISU DAN MASALAH



SRIDAH memerlukan 6 bilik dajah untuk keperluan kelas mulai tahun 2011-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.

Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.



CADANGAN DAN PENYELESAIAN



Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina secepat mampu bagi menampung keperluan kelas pada awal Januari 2011. Alhamdulillah pembinaan sedang berjalan. Fasa 1 sudah siap (konkrit tapak).



Kami menjemput Dato /Tuan / Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat diteruskan sehingga siap.



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :



1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093

2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096

3. Pejabat SRIDAH 04 4725502

4. http://sridah.blogspot.com



" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )





1433 H / 2011 Hakcipta Terpelihara
Di Kendalikan Oleh SRIDAH Kampung Hijrah, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : norsalams@yahoo.com / sridah2001@yahoo.com.my @setiausaha SRIDAH Ust.Mahmud di talian 019-4737096

Isnin, 18 Jun 2012

Sekolah Rendah Darul Hijrah (SRIDAH) memerlukan sumbangan wang atau barangan pembinaaan untuk membina bangunan tambahan 2 tingkat. Pembinaan ini amat diperlukan bagi menampung keperluan kelas pada tahun hadapan (2013). Kos pembinaan dianggarkan melebihi RM 400,000.00.

Pihak kami telah memulakan kerja-kerja pembinaan dari hasil wang sumbangan, wakaf orang ramai berjumlah RM 30,000.00.

Pihak kami merayu kepada Dato'/ Datin / Tuan / Puan para dermawan agar dapat menyumbang bagi menjayakan pembinaan tersebut. Setiap sen yang disumbangkan akan dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Kami mencadangkan sumbangan Dato'/ Datin / Tuan / Puan terus ke Akaun SRIDAH di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Baling. No. Akaun :02048020370420 atau cek atas nama Sekolah Rendah Darul Hijrah. Resit akan dikeluarkan apabila maklumat Dato'/ Datin / Tuan / Puan sampai kepada kami.

Bersama ini disertakan gambar terkini hasil kerja-kerja pembinaan yang dilakukan. Sekian terima kasih.