KENALILAH KAMI

Kalendar Islam

DHUYUUF

MAKLUMAT SRIDAH

Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 September 2001 di Kampung Hijrah, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan Pra Sekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi.



Sekarang (2010) SRIDAH mempunyai murid seramai 72 orang. 3 kelas Pra Sekolah, 1 kelas Tahun 1 dan 1 kelas Tahun 2. Masa pembelajaran bermula pada jam 7.50 pagi hingga 1.30 petang.



Tahun ini juga Kelas Tahfiz Al-Quran mula beroperasi. Pelajarnya terdiri dari pelajar yang telah Khatam Al-Quran dari tahun 1 dan 2. Pembelajarannya bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang. Alhamdulillah seramai 10 pelajar telah memulakan hafazan Juzuk Amma.



SRIDAH mempunyai 7 tenaga pengajar, 2 staf sokongan. Pengajaran sekolah ini menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia, JAKIM dan JHEAIK.



SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah, Musalla dan kantin. Bangunan sekolah menempatkan pejabat, 5 bilik darjah dan 2 bilik air. Semua bilik darjah telah penuh digunakan.



ISU DAN MASALAH



SRIDAH memerlukan 6 bilik dajah untuk keperluan kelas mulai tahun 2011-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.

Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.



CADANGAN DAN PENYELESAIAN



Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina secepat mampu bagi menampung keperluan kelas pada awal Januari 2011. Alhamdulillah pembinaan sedang berjalan. Fasa 1 sudah siap (konkrit tapak).



Kami menjemput Dato /Tuan / Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat diteruskan sehingga siap.



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :



1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093

2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096

3. Pejabat SRIDAH 04 4725502

4. http://sridah.blogspot.com



" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )





1433 H / 2011 Hakcipta Terpelihara
Di Kendalikan Oleh SRIDAH Kampung Hijrah, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : norsalams@yahoo.com / sridah2001@yahoo.com.my @setiausaha SRIDAH Ust.Mahmud di talian 019-4737096

Sabtu, 3 April 2010

SUKANEKA SRIDAH 2012



Pada 11 Mac 2012 Sukanika SRIDAH kali ke 2 berlansung di dataran sekolah dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Alhamdulillah program ini amat meriah.

Acara dibahagi kepada 2 kategori. Kategori 1 :Pelajar (rumah sukan dengan rumah sukan, terdiri dari guru dan pelajar).Kategori 2 :Waris (Keluarga pelajar dengan keluarga pelajar)

Kategori 1 berlansung pada jam 8.00 pagi. Acara yang dipertandingkan ialah : Merentas desa, tarik tali, isi air dalam botol, tarik upih, tiup belon, bawa bola pingpong dan cari harta karun.

Kategori 2 bermula jam 10.30 pagi. Mula dengan pertandingan baling belon berisi air, koyah kelapa, cukur buah nyor, tarik upih, orang momia, lari dalam gundi dan banyak lagi.

Majlis tamat jam 1 dengan jamuan laksa. Terima kasih semua guru dan para waris dan orang perseorangan yang telah menyumbang hadiah, wang ringgit dan melibatkan diri bagi memeriah dan menjayakan Sukanika pada kali ini. Jazakallah Khairan Jazak. Terima kasih dari Guru Besar.

Rabu, 31 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SAW 1431H

Tanggal 12 Rabiul Awwal 1431, SRIDAH bersama MKK Kg Hijrah dan Kg Teluk Temelah telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul SAW kali ke 4. Program bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam

Seawal jam 8 pagi pelajar dan penduduk kampung berkumpul di datarn SRIDAH. Sarapan pagi disediakan oleh Saudara Zamri Ibrahim dan rakan-rakannya. Pukul 9 pagi perarakan bermula dan menuju ke Surau Bawah Kg Teluk Temelah. Selepas rehat acara pertandingan kanak-kanak diadakan tepat jam 10.45 pagi.Pertandingan tersebut ialah tilawah Al-Quran,Hafazon ayat-ayat lazim, azan, iqamat dan nasyid. Semua penyertaan mendapat hadiah. Terima kasih kepada penyumbang, khususnya Pakatan anak-anak muda kampung.Jamuan nasi disediakan oleh Abang Radzi Ahmad sempena kenduri arwah anaknya (Omar)yang baru 40 hari meninggal kerana kemalangan jalanraya.

Alhamdulillah rezki datang lagi. Jam 3 petang gotong-royong menyedia dan masak nasi serta daging lembu cicah sumbangan Ustaz Fuad untuk aqiqah anak-anaknya. Jamuan dihidang selepas solat maghrib.

Forom Maulidur Rasul merupakan program kemuncak. Membariskan 3 ahli panel tempatan. Ustaz Mohamad Yaakob Guru Cemerlang SMK Siong,Ustaz Zulkarnain Md Rejab Guru Takmir masjid dan Surau dan Ustaz Mahmud PK Akademik Maktab Mahmud Baling. Ustaz Azman Yusof mempengerusikan forum tersebut. Majlis tamat pada jam 12.00 malam.