KENALILAH KAMI

Kalendar Islam

DHUYUUF

MAKLUMAT SRIDAH

Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 September 2001 di Kampung Hijrah, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan Pra Sekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi.



Sekarang (2010) SRIDAH mempunyai murid seramai 72 orang. 3 kelas Pra Sekolah, 1 kelas Tahun 1 dan 1 kelas Tahun 2. Masa pembelajaran bermula pada jam 7.50 pagi hingga 1.30 petang.



Tahun ini juga Kelas Tahfiz Al-Quran mula beroperasi. Pelajarnya terdiri dari pelajar yang telah Khatam Al-Quran dari tahun 1 dan 2. Pembelajarannya bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang. Alhamdulillah seramai 10 pelajar telah memulakan hafazan Juzuk Amma.



SRIDAH mempunyai 7 tenaga pengajar, 2 staf sokongan. Pengajaran sekolah ini menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia, JAKIM dan JHEAIK.



SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah, Musalla dan kantin. Bangunan sekolah menempatkan pejabat, 5 bilik darjah dan 2 bilik air. Semua bilik darjah telah penuh digunakan.



ISU DAN MASALAH



SRIDAH memerlukan 6 bilik dajah untuk keperluan kelas mulai tahun 2011-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.

Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.



CADANGAN DAN PENYELESAIAN



Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina secepat mampu bagi menampung keperluan kelas pada awal Januari 2011. Alhamdulillah pembinaan sedang berjalan. Fasa 1 sudah siap (konkrit tapak).



Kami menjemput Dato /Tuan / Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat diteruskan sehingga siap.



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :



1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093

2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096

3. Pejabat SRIDAH 04 4725502

4. http://sridah.blogspot.com



" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )





1433 H / 2011 Hakcipta Terpelihara
Di Kendalikan Oleh SRIDAH Kampung Hijrah, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : norsalams@yahoo.com / sridah2001@yahoo.com.my @setiausaha SRIDAH Ust.Mahmud di talian 019-4737096

Isnin, 18 Jun 2012

Sekolah Rendah Darul Hijrah (SRIDAH) memerlukan sumbangan wang atau barangan pembinaaan untuk membina bangunan tambahan 2 tingkat. Pembinaan ini amat diperlukan bagi menampung keperluan kelas pada tahun hadapan (2013). Kos pembinaan dianggarkan melebihi RM 400,000.00.

Pihak kami telah memulakan kerja-kerja pembinaan dari hasil wang sumbangan, wakaf orang ramai berjumlah RM 30,000.00.

Pihak kami merayu kepada Dato'/ Datin / Tuan / Puan para dermawan agar dapat menyumbang bagi menjayakan pembinaan tersebut. Setiap sen yang disumbangkan akan dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Kami mencadangkan sumbangan Dato'/ Datin / Tuan / Puan terus ke Akaun SRIDAH di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Baling. No. Akaun :02048020370420 atau cek atas nama Sekolah Rendah Darul Hijrah. Resit akan dikeluarkan apabila maklumat Dato'/ Datin / Tuan / Puan sampai kepada kami.

Bersama ini disertakan gambar terkini hasil kerja-kerja pembinaan yang dilakukan. Sekian terima kasih.



Sabtu, 3 April 2010

SUKANEKA SRIDAH 2012



Pada 11 Mac 2012 Sukanika SRIDAH kali ke 2 berlansung di dataran sekolah dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Alhamdulillah program ini amat meriah.

Acara dibahagi kepada 2 kategori. Kategori 1 :Pelajar (rumah sukan dengan rumah sukan, terdiri dari guru dan pelajar).Kategori 2 :Waris (Keluarga pelajar dengan keluarga pelajar)

Kategori 1 berlansung pada jam 8.00 pagi. Acara yang dipertandingkan ialah : Merentas desa, tarik tali, isi air dalam botol, tarik upih, tiup belon, bawa bola pingpong dan cari harta karun.

Kategori 2 bermula jam 10.30 pagi. Mula dengan pertandingan baling belon berisi air, koyah kelapa, cukur buah nyor, tarik upih, orang momia, lari dalam gundi dan banyak lagi.

Majlis tamat jam 1 dengan jamuan laksa. Terima kasih semua guru dan para waris dan orang perseorangan yang telah menyumbang hadiah, wang ringgit dan melibatkan diri bagi memeriah dan menjayakan Sukanika pada kali ini. Jazakallah Khairan Jazak. Terima kasih dari Guru Besar.

Rabu, 31 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SAW 1431H

Tanggal 12 Rabiul Awwal 1431, SRIDAH bersama MKK Kg Hijrah dan Kg Teluk Temelah telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul SAW kali ke 4. Program bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam

Seawal jam 8 pagi pelajar dan penduduk kampung berkumpul di datarn SRIDAH. Sarapan pagi disediakan oleh Saudara Zamri Ibrahim dan rakan-rakannya. Pukul 9 pagi perarakan bermula dan menuju ke Surau Bawah Kg Teluk Temelah. Selepas rehat acara pertandingan kanak-kanak diadakan tepat jam 10.45 pagi.Pertandingan tersebut ialah tilawah Al-Quran,Hafazon ayat-ayat lazim, azan, iqamat dan nasyid. Semua penyertaan mendapat hadiah. Terima kasih kepada penyumbang, khususnya Pakatan anak-anak muda kampung.Jamuan nasi disediakan oleh Abang Radzi Ahmad sempena kenduri arwah anaknya (Omar)yang baru 40 hari meninggal kerana kemalangan jalanraya.

Alhamdulillah rezki datang lagi. Jam 3 petang gotong-royong menyedia dan masak nasi serta daging lembu cicah sumbangan Ustaz Fuad untuk aqiqah anak-anaknya. Jamuan dihidang selepas solat maghrib.

Forom Maulidur Rasul merupakan program kemuncak. Membariskan 3 ahli panel tempatan. Ustaz Mohamad Yaakob Guru Cemerlang SMK Siong,Ustaz Zulkarnain Md Rejab Guru Takmir masjid dan Surau dan Ustaz Mahmud PK Akademik Maktab Mahmud Baling. Ustaz Azman Yusof mempengerusikan forum tersebut. Majlis tamat pada jam 12.00 malam.



Isnin, 2 November 2009

Qurban Sri Al Hijrah 2012/1433 & Kem Tafaqquh Fiddin Cuti Persekolahan

MATLAMAT
Menjana Kecemerlangan Akidah Dan Ibadah

OBJEKTIF
1. Mengisi masa lapang dengan aktiviti agama.
2. Melatih diri solat berjamaah 5 waktu.
3. Membetul dan mengukuh akidah dan ibadah diri.
4. Membiasakan diri sentiasa berzikirullah.
5. Mengenal kesilapan dan mahu insaf serta memaafi.
6. Mendekatkan diri dengan kitab peninggalan ulamak silam.
7. Belajar berdikari –mengurus diri, menyediakan makanan, minuman dll.
8. Melatih diri membiasakan dengan majlis keagamaan dalam masyarakat.
9. Berlatih dalam aktiviti amar makrof nahi munkar.
10. Berlatih menjadi pemimpin yang berani serta warak.


PENGISIAN
1. Pengajian Kitab Fardu Ain
2. Tahsin Bacaan Ayat Al-Quran
3. Teori dan praktikal ibadat fardu ain dan kifayah
4. Latihan pengurusan hidup harian
5. Aktiviti kecergasan

KEMUDAHAN
1. Bilik Kuliah 6. Kitab
2. Musolla 7. Khemah
3. Tempat Penginapan 8. Peralatan Masa
4. Rawatan Kecemasan 9. Al-Quran
5. Padang Riadah 10. Tempat Rekreasi

PENDAFTARAN
RM 70.00 Setiap Peserta
Daftar jam 2.00 – 3.00 ptg (21/11/12)


PESERTA
Remaja Lelaki dan Perempuan
Berumur 10 hingga 15 tahun (Terhad 50 Peserta sahaja)

TARIKH DAN TEMPAT
21 hingga 25 November 2012
Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah, Kampung Hijrah,
Mukim Siong, 09100 Baling, KedahBerminat sila hubungi Ust Mahmud -019-4737096

Qurban kelompok Sri Al Hijrah.Terbuka pada semua muslimin/mat untuk menyertai.1 bahagian RM 400.00 Berminat sila hubungi Ust Mahmud -019-4737096

Isnin, 26 Oktober 2009

Kelebihan Bersedeqah...jom buat sedeqah..

Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir. Kata seorang sahabat: "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu daripada harta kami kepada orang kafir" Jawab Nabi: "bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada kudrat Tuhan yang Rahman!" Malaikat berseru: "Hai Tuhanku segeralah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan (bakhil) bersedekahkan hartanya." Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan bersedekah berterang-terangan itu penghadang neraka. Ulama berkata: Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.
norsalams@yahoo.com

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka pada jalan Allah, adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai...pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan barang siapa yang disukainya dan Allah Maha Luas kurnianya dan Maha Mengetahui.
(Al Baqaroh: 261)

Khamis, 22 Oktober 2009

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Zulhijjah Untuk Tahun 1430 Hijrah

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI /KELEBIHANNYA

1 ZULHIJJAH -Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH -Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH -Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJJAH -Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJJAH -Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH -Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH -Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH -Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.