KENALILAH KAMI

Kalendar Islam

DHUYUUF

MAKLUMAT SRIDAH

Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 September 2001 di Kampung Hijrah, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan Pra Sekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi.



Sekarang (2010) SRIDAH mempunyai murid seramai 72 orang. 3 kelas Pra Sekolah, 1 kelas Tahun 1 dan 1 kelas Tahun 2. Masa pembelajaran bermula pada jam 7.50 pagi hingga 1.30 petang.



Tahun ini juga Kelas Tahfiz Al-Quran mula beroperasi. Pelajarnya terdiri dari pelajar yang telah Khatam Al-Quran dari tahun 1 dan 2. Pembelajarannya bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang. Alhamdulillah seramai 10 pelajar telah memulakan hafazan Juzuk Amma.



SRIDAH mempunyai 7 tenaga pengajar, 2 staf sokongan. Pengajaran sekolah ini menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia, JAKIM dan JHEAIK.



SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah, Musalla dan kantin. Bangunan sekolah menempatkan pejabat, 5 bilik darjah dan 2 bilik air. Semua bilik darjah telah penuh digunakan.



ISU DAN MASALAH



SRIDAH memerlukan 6 bilik dajah untuk keperluan kelas mulai tahun 2011-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.

Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.



CADANGAN DAN PENYELESAIAN



Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina secepat mampu bagi menampung keperluan kelas pada awal Januari 2011. Alhamdulillah pembinaan sedang berjalan. Fasa 1 sudah siap (konkrit tapak).



Kami menjemput Dato /Tuan / Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat diteruskan sehingga siap.



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :



1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093

2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096

3. Pejabat SRIDAH 04 4725502

4. http://sridah.blogspot.com



" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )





1433 H / 2011 Hakcipta Terpelihara
Di Kendalikan Oleh SRIDAH Kampung Hijrah, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : norsalams@yahoo.com / sridah2001@yahoo.com.my @setiausaha SRIDAH Ust.Mahmud di talian 019-4737096

Isnin, 2 November 2009

Qurban Sri Al Hijrah 2012/1433 & Kem Tafaqquh Fiddin Cuti Persekolahan

MATLAMAT
Menjana Kecemerlangan Akidah Dan Ibadah

OBJEKTIF
1. Mengisi masa lapang dengan aktiviti agama.
2. Melatih diri solat berjamaah 5 waktu.
3. Membetul dan mengukuh akidah dan ibadah diri.
4. Membiasakan diri sentiasa berzikirullah.
5. Mengenal kesilapan dan mahu insaf serta memaafi.
6. Mendekatkan diri dengan kitab peninggalan ulamak silam.
7. Belajar berdikari –mengurus diri, menyediakan makanan, minuman dll.
8. Melatih diri membiasakan dengan majlis keagamaan dalam masyarakat.
9. Berlatih dalam aktiviti amar makrof nahi munkar.
10. Berlatih menjadi pemimpin yang berani serta warak.


PENGISIAN
1. Pengajian Kitab Fardu Ain
2. Tahsin Bacaan Ayat Al-Quran
3. Teori dan praktikal ibadat fardu ain dan kifayah
4. Latihan pengurusan hidup harian
5. Aktiviti kecergasan

KEMUDAHAN
1. Bilik Kuliah 6. Kitab
2. Musolla 7. Khemah
3. Tempat Penginapan 8. Peralatan Masa
4. Rawatan Kecemasan 9. Al-Quran
5. Padang Riadah 10. Tempat Rekreasi

PENDAFTARAN
RM 70.00 Setiap Peserta
Daftar jam 2.00 – 3.00 ptg (21/11/12)


PESERTA
Remaja Lelaki dan Perempuan
Berumur 10 hingga 15 tahun (Terhad 50 Peserta sahaja)

TARIKH DAN TEMPAT
21 hingga 25 November 2012
Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah, Kampung Hijrah,
Mukim Siong, 09100 Baling, KedahBerminat sila hubungi Ust Mahmud -019-4737096

Qurban kelompok Sri Al Hijrah.Terbuka pada semua muslimin/mat untuk menyertai.1 bahagian RM 400.00 Berminat sila hubungi Ust Mahmud -019-4737096

Isnin, 26 Oktober 2009

Kelebihan Bersedeqah...jom buat sedeqah..

Hadis daripada Abu Hurairah, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir. Kata seorang sahabat: "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu daripada harta kami kepada orang kafir" Jawab Nabi: "bahawa mereka adalah makhluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada kudrat Tuhan yang Rahman!" Malaikat berseru: "Hai Tuhanku segeralah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan (bakhil) bersedekahkan hartanya." Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan bersedekah berterang-terangan itu penghadang neraka. Ulama berkata: Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.
norsalams@yahoo.com

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka pada jalan Allah, adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai...pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan barang siapa yang disukainya dan Allah Maha Luas kurnianya dan Maha Mengetahui.
(Al Baqaroh: 261)

Khamis, 22 Oktober 2009

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Zulhijjah Untuk Tahun 1430 Hijrah

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI /KELEBIHANNYA

1 ZULHIJJAH -Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH -Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH -Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJJAH -Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJJAH -Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH -Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH -Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH -Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

Selasa, 15 September 2009

SUNNAH BERPUASA PADA HARI ASYUARA

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunat, sebagaimana penjelasan dari
hadis berikut:

قدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa- sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: Hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini
adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Nabi Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat
Bukhari (2004) dan Muslim (1130))

كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang
mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka, tinggalkan puasa”.
(Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))

عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ،
فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka
ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang
diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-
Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))

سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke- 9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:

لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ :
فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-
agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.

PENDAPAT IMAM SYAFIE

Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura tidak boleh dianggap sebagai menyerupai Yahudi, kerana orang-orang Quraisy telah berpuasa sejak zaman jahiliyah sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:

كَانَ يَوْمٌ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمَهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ . فَلّمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ

“Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah berpuasa pada hari tersebut. Setelah baginda mendatangi Madinah, maka baginda berpuasa pada hari itu dan
menyuruh orang ramai berpuasa”. (Hadis Mutaffaq ‘alaihi)

Adapun hadis di bawah ini adalah hadis lemah:

Imam Syafie rahimahullah telah menghukum sunnah berpuasa pada hari ke- 9, ke-10 dan ke-11 Muharam. Imam syafie berpegang dengan hadis dari Ibnu Abbas:

صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ

“Berpuasalah kamu pada hari kesembilan, hari kesepuluh dan hari kesebelas (di bulan muharam), janganlah kamu menyerupai Yahudi”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah pada hari Asyura dan janganlah kamu menyerupai Yahudi, berpuasalah pada hari sebelumnya atau sehari sesudahnya”. (Hadis Riwayat Ahmad (1/241)).
Dua hadis ini terdapat dalam kitab Al-Umm dan juga dalam kitab Al-Jami’us as-Saghir oleh Imam as- Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah melemahkan (mendhaifkan) kedudukan hadis ini. Oleh yang demikian maka tidak wajarlah beramal dengan dua hadis ini.

Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9
muharam, atau 10 Muharam sahaja. Wallahu a’lam.

AMALAN-AMALAN BID’AH SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-
ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya) untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in
serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid’ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut:

عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa- sallam: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu’))

AMALAN-AMALAN BID’AH DI HARI ASYURA
(Hari Ke-10 Bulan Muharam)

Terdapat juga umat Islam yang menghidupkan malam Asyura dengan bersolat, berzikir dan doa-doa yang khusus. Perbuatan ini adalah berpandukan hadis palsu sebagimana hadis di bawah ini:

مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً ، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا مُسْتَقْبِلٍ ، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ مِنْبَرٍ مِنْ نُوْرٍ

“Barangsiapa menghidupkan malam Asyura, maka seakan-akan ia beribadah kepada Allah seperti ibadahnya para penghuni segala langit. Dan barangsiapa bersolat empat rakaat, pada setiap rakaat ia membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah mengampuni dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah lalu dan lima puluh tahun yang
akan datang, dan dibina untuknya di Al- Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima juta mimbar dari cahaya”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. 11/122)

Adalah suatu amalan bid’ah bagi sesiapa yang berpuasa sejak awal Muharam sehingga kesembilan hari bulan Muharam. Mereka yang mengamalkan puasa ini adalah berpegang dengan hadis palsu:

مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى اللهُ لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا اَرْبَعَةُ اَبْوَابٍ

“Barangsiapa berpuasa sembilan hari sejak awal Muharam, maka Allah akan membina untuknya sebuah kubah di udara, luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”. (Hadis palsu). (Hadis Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm. 96)

Umat Islam yang merayakan hari Asyura, mendahulukan hari tersebut dengan bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya mereka tidak menyedari bahawa hadis yang mereka gunakan adalah hadis palsu:

مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ

“Barangsiapa mandi dan bersuci pada hari Asyura, maka dia tidak akan sakit pada sepanjang tahun itu, kecuali sakit mati”. (Hadis palsu). (Lihat: Majmu’ Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Al-
Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)

مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ اَبَدًا

“Barangsiapa bercelak mata dengan arang celak dihari Asyura, maka ia tidak akan sakit mata buat selama-lamanya”. (Hadis palsu). (Dinyatakan palsu oleh Ibnul- Jauzi dalam Al-Maudhu’at 11/203. Lihat: Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah)

Selepas mandi dan bersuci dipagi Asyura, terdapat juga umat Islam yang menjadikan hari Asyura sebagai hari raya kaum Muslimin dengan menjadikannya hari kelepasan dan menyediakan makanan tertentu, (antaranya menyediakan bubur Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah suatu pembohongan yang keterlaluan.
Setelah selamat dari taufan dan banjir besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh pengikutnya memakai celak dan menyediakan makanan berupa bubur Asyura yang dikutip dari sisa-sisa bijirin) Pent). Ini merupakan talbis (perangkap) syaitan kepada orang-orang awam sedangkan perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang-orang Yahudi di Khaibar. (Lihat: Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz) Perkara ini telah diterangkan dalam hadis Muslim:

كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ وَشَارَتُهُمْ

“Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi) berpuasa pada hari Asyura, mereka menjadikannya sebagai Hari Raya dan mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian mereka yang cantik-cantik”. (Hadis Riwayat Muslim)

Berpuasa dihari Asyura adalah amalan sunnah, tetapi menambahnya dengan menjadikannya sebagai Hari Raya adalah perbuatan bid’ah kerana menyerupai amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan oleh hadis sahih di atas.

Terdapat juga umat Islam yang mengerjakan solat tertentu disiang hari Asyura atau dimalam harinya. Mereka melakukan perkara bid’ah ini lantaran berpandukan kepada hadis palsu
sebagaimana di bawah ini:

مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا

“Barangsiapa bersolat padanya empat rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun”.
(Hadis palsu. Lihat: Al-Ibda’ fiMadaril Ibtida’. Asy-Syeikh Ali Mahfuz)

فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ وَفِيْهِ وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ لِمُوْسَى وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ ذَلِكَ يَوْمُ الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَسْتَوَتْ عَلَى الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا للهِ عِزَّ وَجَلَّ

“Pada hari Asyura Allah menerima Taubat Adam dan taubat penduduk kota Nabi Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh dan para sahabatnya dan binatang- binatang liar lalu berpuasa kerana bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla. Demikian juga binatang-binatang yang ada bersama-sama di atas bahtera itu turut sama berpuasa”. (Hadis palsu). (Lihat: Tanzihus as-Syariah. 11/150)

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi:“Tidak terdapat sebarang hadis sahih dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang mensunnahkan perkara-perkara ini; sama ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif (lemah), atau riwayat yg sahih, Al- Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadis yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadis yang meriwayatkan seperti : {barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang
menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di
Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga
meriwayatkan sebuah hadis palsu yang mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas dengan atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna,
mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid’ah dan salah. Tiada
diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al- Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......” (Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Jil. 5)

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL
TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun
dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al- Allamah Ibn al-'Izz al- Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih
daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka
dengan membuat makanan daripada biji- bijian/bijirin (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis- hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.''

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al- Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam.

Kepada pihak tertentu yang tetap mempertahankan kebatilan, jika benar ada doa-doa khusus di waktu awal/akhir tahun, silakan mengutarakan dalilnya, sumbernya, takhrij & sanad hadisnya,
siapa yang meriwayatkannya, dan siapa ulama hadis yang mensahihkannya. Wallahu a’lam...

AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA
HUJJAH/DALIL ADALAH BID’AH

Ingatlah! Tidak pernah ditemui hadis- hadis sahih yang membolehkan mengadakan apapun upacara majlis sempena menyambut awal tahun. Begitu juga tidak pernah diperintahkan supaya mengadakan majlis fikir atau majlis-majlis tertentu kerana mengucapkan selamat tinggal
kepada tahun-tahun yang telah berlalu. Sesiapa yang melakukannya termasuk dalam golongan yang ditergur oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam sabdanya:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa mengamalkan/melakukan satu amal yang bukan perintah kami, maka amal itu tertolak (bid’ah)”. (Hadis Riwayat Muslim)

مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa yang mencipta sesuatu perkara yang bukan dari perintah kami, maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوْ رَدٌّ

“Barangsiapa yang menambah/mengadakan yang baru dalam urusan kami ini, maka tambahan yang bukan dari kami itu tertolak”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Tertolak kerana setiap tambahan itu adalah bid’ah sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa- sallam:

اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ

“Aku peringatkan kamu sekalian tentang perkara-perkara yang baru/yang diada- adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah, setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu di neraka”. (Hadis Riwayat Muslim, An- Nasai’i dan Ahmad)

Rabu, 22 Julai 2009

Menutup aurat bukan sahaja pakai tudung

Satu ketika dahulu, ramai menyatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil.kononya sebaik sajamengambl wuduk
Untuk bersolat lima waktu ,secara automatik dosa kita dibasuh & terhapus.
Apabila bergaul denan pelbagai bangsa dan agama , kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita islam yang dikaitkan dengan maruah danharga diri.
Disatu sudut lain ,ada wanita islam yang bertudung & menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat , kemeja t menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung , tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha , pakaian terbelah didada , kemeja t berlengan pendek & ada kalanya memakai skirt separas betis.
Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita islam ? Aurat berasal daripada bahasa arab AURAH yang bererti kurang. Didalam fiqh ,aurat diertikan sebagai bahagian tubuhseseorang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain . (Wahbah al-Zuhayli 1989) ,
Al-Fiqh al-Islami wa Adillauhu , Damsyik : Dar al-Fikr , halaman 579).
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita , namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup bagi setiap wanita Muslim yang baliqh adalah wajib .Untuk memenuhi syarat menutup aurat , pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :
*Menutupi had aurat yang telah ditetapkan .
Jumhur ulama bersepakat mengatakan autat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuh badanya kecuali muka dan tapak tangan . Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram) .
Allah berfirman yang bermaksud “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tuung kepala mereka .” (surah al-Nur , ayat 31).
Firman Allah lagi yang bermaksud : “Wahai Nabi , suruhlah isteri –isterimu & anak –anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
d(sebagai perempuan yang baik-baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu (ingatlah) Allah Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani’(Surah Al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita yang beriman.
*Pakaian yang Longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya & mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh maih belm memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin khalifah al-kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir) , lalu Baginda berkata : ‘Bahagikan kain ini kepada dua , satu daripadanya dibuat
Baju dan bakinya berikan kepada isterimu.”Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata; Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ”qubtiyyah” ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu , Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lasupaya tidak menampakkan bentuknya.
*Pakaian yang tidak jarang*
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga
Menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya.Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya.Rasulullah SAW berpaling
Dan mengatakan : ”Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu , melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka & kedua tapak tangannya”.