KENALILAH KAMI

Kalendar Islam

DHUYUUF

MAKLUMAT SRIDAH

Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 September 2001 di Kampung Hijrah, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan Pra Sekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi.



Sekarang (2010) SRIDAH mempunyai murid seramai 72 orang. 3 kelas Pra Sekolah, 1 kelas Tahun 1 dan 1 kelas Tahun 2. Masa pembelajaran bermula pada jam 7.50 pagi hingga 1.30 petang.



Tahun ini juga Kelas Tahfiz Al-Quran mula beroperasi. Pelajarnya terdiri dari pelajar yang telah Khatam Al-Quran dari tahun 1 dan 2. Pembelajarannya bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang. Alhamdulillah seramai 10 pelajar telah memulakan hafazan Juzuk Amma.



SRIDAH mempunyai 7 tenaga pengajar, 2 staf sokongan. Pengajaran sekolah ini menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia, JAKIM dan JHEAIK.



SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah, Musalla dan kantin. Bangunan sekolah menempatkan pejabat, 5 bilik darjah dan 2 bilik air. Semua bilik darjah telah penuh digunakan.



ISU DAN MASALAH



SRIDAH memerlukan 6 bilik dajah untuk keperluan kelas mulai tahun 2011-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.

Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.



CADANGAN DAN PENYELESAIAN



Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina secepat mampu bagi menampung keperluan kelas pada awal Januari 2011. Alhamdulillah pembinaan sedang berjalan. Fasa 1 sudah siap (konkrit tapak).



Kami menjemput Dato /Tuan / Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat diteruskan sehingga siap.



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :



1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093

2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096

3. Pejabat SRIDAH 04 4725502

4. http://sridah.blogspot.com



" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )





1433 H / 2011 Hakcipta Terpelihara
Di Kendalikan Oleh SRIDAH Kampung Hijrah, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : norsalams@yahoo.com / sridah2001@yahoo.com.my @setiausaha SRIDAH Ust.Mahmud di talian 019-4737096

Rabu, 22 Julai 2009

Menutup aurat bukan sahaja pakai tudung

Satu ketika dahulu, ramai menyatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil.kononya sebaik sajamengambl wuduk
Untuk bersolat lima waktu ,secara automatik dosa kita dibasuh & terhapus.
Apabila bergaul denan pelbagai bangsa dan agama , kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita islam yang dikaitkan dengan maruah danharga diri.
Disatu sudut lain ,ada wanita islam yang bertudung & menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat , kemeja t menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung , tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha , pakaian terbelah didada , kemeja t berlengan pendek & ada kalanya memakai skirt separas betis.
Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita islam ? Aurat berasal daripada bahasa arab AURAH yang bererti kurang. Didalam fiqh ,aurat diertikan sebagai bahagian tubuhseseorang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain . (Wahbah al-Zuhayli 1989) ,
Al-Fiqh al-Islami wa Adillauhu , Damsyik : Dar al-Fikr , halaman 579).
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita , namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup bagi setiap wanita Muslim yang baliqh adalah wajib .Untuk memenuhi syarat menutup aurat , pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :
*Menutupi had aurat yang telah ditetapkan .
Jumhur ulama bersepakat mengatakan autat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuh badanya kecuali muka dan tapak tangan . Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram) .
Allah berfirman yang bermaksud “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tuung kepala mereka .” (surah al-Nur , ayat 31).
Firman Allah lagi yang bermaksud : “Wahai Nabi , suruhlah isteri –isterimu & anak –anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
d(sebagai perempuan yang baik-baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu (ingatlah) Allah Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani’(Surah Al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita yang beriman.
*Pakaian yang Longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya & mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh maih belm memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin khalifah al-kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir) , lalu Baginda berkata : ‘Bahagikan kain ini kepada dua , satu daripadanya dibuat
Baju dan bakinya berikan kepada isterimu.”Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata; Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ”qubtiyyah” ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu , Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lasupaya tidak menampakkan bentuknya.
*Pakaian yang tidak jarang*
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga
Menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya.Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya.Rasulullah SAW berpaling
Dan mengatakan : ”Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu , melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka & kedua tapak tangannya”.